Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Free Flash banner at FlashBannerNow.com

Monday, March 23, 2009

Serunding keli ke antarabangsa

SEPANG 13 Julai - Serunding ikan keli bakal menembusi pasaran China dan Asia Barat menjelang September ini.

Pengurus Besar Delegasi Mutiara Sdn. Bhd., Mishar Minhat berkata, ia adalah langkah permulaan bagi Malaysia mempromosikan produk makanan tempatan ke pasaran antarabangsa.
Selain itu kata beliau, sambal ikan keli dan ikan keli dalam tin juga akan turut dipasarkan ke negara-negara tersebut.

''Kami juga berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom,'' jelasnya pada Bengkel Insentif Usahawan Ikan Keli Mega-Utusan di sini hari ini.

Bengkel tersebut dianjurkan bersama Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Pofesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM), AgroBank dan Active Surge Sdn. Bhd. (ASSB).

Mishar berkata, pada masa ini pihaknya akan mensasarkan sebanyak 60 peratus penjualan produk untuk pasaran antarabangsa dan 40 peratus bagi pasaran tempatan.

''Pemasaran keli ini masih lagi berada dalam peringkat percubaan, namun kita yakin produk tersebut mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

''Kami yakin produk tersebut memiliki pasaran yang cerah kerana penduduk dunia hari ini semakin menggemari ikan air tawar berbanding ikan laut,'' ujarnya.

Beliau berkata, Delegasi Mutiara akan menggunakan jenama Rawbite sebagai identiti produk-produk tersebut.

''Rawbite sudah didaftarkan sebagai sebuah jenama rasmi untuk produk syarikat kami,'' ujarnya.
Dalam pada itu beliau memberitahu, syarikat juga sedang dalam peringkat akhir untuk membuka kilang penghasilan makanan untuk haiwan ternakan di Terengganu.

''Kilang sedang dalam proses pemasangan mesin dan dijangka mula beroperasi pada pertengahan Ogos ini,'' katanya.

Tambahnya, projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha syarikat membantu golongan petani dan penternak untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka.

Penentuan Kematangan Keli

Salam..ni ada sedikit info pasal keli...diharapkan ia berguna bg penternak baru.....

Biasanya kematangan induk dapat diketahui daripada pemerhatian keatas 'Genital Papila' dan faktor-faktor berikut :

a. Induk Jantan

  • Badan memanjang tidak gemuk
  • 'Genital Papila' kelihatan pejal
  • Tidak cacat
  • Berusia 4 bulan dan keatas
  • Berat badan 500gm dan keatas

b. Induk Betina

  • Perut kelihatan buncit dan lembut ketika dipicit
  • 'Genital Papila' kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan
  • Keluar telur berwarna hijau tua dari Genital Papila apabila dipicit
  • Berusia 6 bulan dan keatas
  • Tidak berdarah apabila bahagian tempat telur dipicit
  • Berat badan 600gm dan keatas

Thursday, February 12, 2009

Pengawalan penyakit

SaLAM...disini ada sedikit info berkenaan cara mengawal ternakan daripada penyakit (sumber diambil dari Fishplaza)

A) Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh
menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

i) Suhu

Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),
dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan
suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan
menyebabkan ikan menjadi lemah.
Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepat
panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.
b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan
di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan
akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di
dalam kolam.

ii) Sumber dan Mutu Air

Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan
pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,
kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara
6.5 – 9.0 .

iii) Pengendalian

Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan
menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi
peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor Kesesakan

Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan
kesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia
seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga
turut mengalami tekanan.

v) Makanan

Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu
fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah
diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang,
Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi
dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan
menyebabkan mutu air menurun.

B) Ciri-Ciri Kolam

Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah
mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan
supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke
kolam yang lain.

C) Pengawalan Patogen

1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk
mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.
Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus
dan Lernaea.

2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan
membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.
Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.

3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm
selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat
menanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.

4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat
disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan
tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.

5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh
menyebabkan penyakit primier.

6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat
terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai
patogen yang akan menjangkiti anak ikan.

7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan
makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen
menyerang ikan.

Sunday, February 8, 2009

Pemakanan Organik

Salam kawan2 semua...di harap sihat semuanya. Disini saya hendak terangkan mengenai pemakanan organik ikan keli setelah ramai yg bertanya.

Secara asasnya, kita semua tahu habitat keli adalah di paya2, sungai dan lombong. Habitatnya kita cuba aplikasikan semula ke dalam kolam ternakan kita. Bagaimana ikan keli lombong boleh hidup tanpa ada orang bagi makan?
Habitat semulajadi keli kaya dgn zooplankton, algae lumut dan cacing. Jadi makanan organik mengandungi sumber-sumber tertentu yang menggalakkan pertumbuhan organisma2 yang menjadi sumber pemakanan keli ini. Di samping air dan ikan yang tidak berbau kami juga mendapati kadar pertumbuhan ikan adalah sama dgn ikan yang diberi makan pallet setiap hari.

Cara menggunakan makanan organik

-sesuai untuk kolam yang tidak mengalir
-pasir atau tanah diletakkan dalam setengah kaki untuk kolam simen/pasir
-setelah air dimasukkan , makanan organik tadi direndam di dalam air dan dibiarkan selama 5 hari sebelum dimasukkan benih. Permukaan air lebih elok kalau kita letak tumbuhan air seprti keladi bunting,etc.
-Stp bag ialah 4 kg dan dapat membekal nutrient dalam 2500 benih ikan keli. Tahan selama 3 bulan tanpa perlu tukar air.
-kedalaman air bergantung kepada saiz benih ikan keli.

Sebarang tempahan boleh inform awal 2 minggu dan apa2 kemusykilan kami sedia membantu.
Terima kasih

Tuesday, February 3, 2009

Pengurusan Mutu Air Kolam

Salam...

Sumber air yang sesuai ialah sungai, kolam, telaga dan mata air yang tidak tercemar. Kualiti dapat dipantau menggunakan para-meter air. (Boleh didapati di Jabatan Perikanan Malaysia)

Jadual Kualiti air yang sesuai

Suhu (celcius) 28-31
Oksigen terlarut >3 ppm
pH 6.5-8.5
Paras Alkali >100ppm CaCO3
Keliatan >40-100 CaCO3
Kalsium >100ppm CaCO3
Ammonia <0.02>


Bacaan ini penting bagi menjamin pertumbuhan ikan di tahap optimum. Jika penternak tidak mengetahui cara menggunakan para-meter, minta pegawai perikanan supaya melawat ke tempat anda untuk menjalani pemeriksaan air.
Air perlu ditukar jika warnanya hijau pekat dan mengeluarkan buih-buih kasar.
Disyorkan air ditukar setiap 2 minggu bagi yang menggunakan sistem kanvas atau kolam simen.
Bagi kolam tanah air ditukat sekurang-kurangnya separuh setiap sebulan.

Diharap info ini membantu para penternak-penternak baru.

Sama-sama kita maju dan bekerjasama.
Tq

Saturday, January 31, 2009

Pembenihan Ikan Keli


Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://agricultureinmalaysia.blogspot.com/

Pembenihan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Bahan-bahani.
Induk yang telah matang
ii. Hormon peransang (Ovatide dan Ovaprim)
iii. Tangki Induk
iv. Tangki pengeraman
v. Pengudaraan
vi. Substrat pelekatan telur
vii. Bulu ayam
viii. Mangkuk bersih
ix. Air suling
x. Kain kasa
xi. Kanular

Kaedah persenyawaan kering

Kaedah persenyawaan kering ini digunakan untuk menyelaraskan masa peneluran dan penetasan yang dapat memudahkankan kerja pengurusan larva dilakukan.Kelemahan teknik ini adalah harga hormon yang mahal akibat daripada penggunaan dos hormon yang tinggi. Induk jantan juga terpaksa dibunuh dalam proses untuk mendapatkan testisnya. Sebagai penyelesaian, penggunaan hormon peransang Ovatide digunakan kerana harga yang lebih murah dan penggunaan dos yang lebih rendah.3.1.2.1 Penyediaan dan cara kerjaInduk-induk yang matang dipilih di waktu petang daripada tangki induk. Induk akan ditmbang dan diberi dos hormon secukupnya.(Ovaprim: 0.25mg/kg bagi induk jantan,0.5mg/kg bagi induk betina. Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan, 0.2mg/kg bagi induk betina) pada pukul 9.00 malam. Selepas 12 jam, induk betina akan dilirit telurnya ke dalam mangkuk yang telah disediakan. Telur yang matang ialah telur yang mempunyai warna coklat kehijauan dan saiz serta bentuk yang sekata. Induk jantan akan dibedah dan dikeluarkan testisnya. Testis yang baik mempunyai saiz yang besar serta berwarna putih. Testis akan dipotong halus dan air mani akan dibiarkan bercampur dengan telur. Testis akan dipotong di atas kain kasa dan selepas selesai dipotong kain kasa akan diperah dan air suling digunakan untuk mencuci sisa air mani supaya mengalir ke dalam telur ikan dan tiada pembaziran berlaku. Telur akan digaul bersama dengan menggunakan bulu ayam yang telah dicuci mengikut satu arah pusingan supaya ia sekata dan tidak rosak. Telur-telur akan ditabur ke dalam tangki pengeraman yang mempunyai substrat pelekatan telur atau tidak dengan menggunakan bulu ayam. Telur-telur akan diberi pengudaraan dan dibiarkan selama 24 jam. Selepas menetas, telur yang tidak menetas akan dialihkan dan air akan ditukar sebanyak 50% untuk mengekalkan kualiti air dan mengelakkan pembiakan penyakit. Larva akan diberi makan moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu.Kaedah persenyawaan secara semulajadiDalam kaedah ini,masa peneluran cuma dapat dijangka dan tidak dapat dipastikan. Jika suhu air kurang dari 280C, induk akan bertelur selepas 12 jam. Jika suhu air melebihi 280C, Induk akan bertelur selepas 10 jam. Dalam kaedah ini induk jantan tidak akan dibunuh dan hormon peransang Ovatide disyorkan digunakan kerana keberkesanannya dan penggunaan dos yang rendah berbanding Ovaprim.Penyediaan dan cara kerjaInduk yang matang akan dipilih pada waktu petang. Induk akan ditimbang dan disuntik dengan hormon secukupnya.(Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan,0.2mg/kg bagi induk betina.) pada pukul 9 malam. Induk akan dibiarkan selama 12 jam maksimum untuk menghasilkan telur. Telur yang telah disenyawa akan dikeluarkan dan diletakkan dalam tangki pengeraman yang tidak mempunyai substrat pelekatan telur kerana keadaan telur yang telah sedia melekit dan melekat antara satu sama lain. Selepas 24 jam telur-telur akan menetas jika tiada gangguan persekitaran terutamanya suhu dan pH. Larva akan diberi makan Moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu. PerbincanganPenggunaan Ovatide dapat menjimatkan kos sebanyak 50% berbanding ovaprim kerana dos yang digunakan adalah separuh dari dos Ovaprim. Harga kedua-dua bahan ini adalah hampir sama dan langkah ini dapat mengurangkan kos hormon. Hormon disuntik di waktu malam untuk mengurangkan stress kepada induk. Induk betina yang matang mempunyai abdomen yang besar dan lembut. Genital papilae mestilah panjang dan berwarna kemerah-merahan.KesimpulanKebanyakan pembenihan ini gagal kerana masalah tangki penetasan yang terdedah kepada pengaruh cuaca. Jika hujan,kebanyakan pembenihan akan gagal dan tidak menetas. Kekurangan teknik yang betul juga menyukarkan pembenihan pada pertama kali, tetapi ia telah dapat diatasi untuk pembenihan yang berikutnya. Induk yang benar-benar matang akan menghasilkan benih yang berkualiti dan tahan lasak.

KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KERUGIAN YANG DIALAMI AKIBAT PENGGUNAAN MAKLUMAT DARI LAMAN INI.

Diharap dapat membantu sahabat-sahabat sekalian dalam pembenihan ikan keli.

Wassalam

Friday, January 30, 2009

Tanda-tanda ikan berpenyakit

-warna kulit menjadi lebih hitam daripada biasa, warna tepi sirip menjadi kemerahan
-ikan tiada selera makan
-ikan tidak aktif dan timbul ke permukaan dengan keadaan menegak kepada permukaan air
-berenang tdak tentu arah, kadangkala berenang berputar
-kulat didapati di misai dan badan
-bahagian pingganag nya bengkak
-luka2 di badan dan bengkak perut
-sirip reput
-bintik-bintik merah diseluruh badan

Diharap info ini dapat membantu para penternak mengesan ikan yang berpenyakit dan langkah perubatan akan dibincang kemudian.

Wassalam